Friday 27 July 2018

Mee Kari

Resepi ini adalah hasil sumbangan daripada  Pn Saadah...terimakasih...
Anggaran : 1 packet mee

Bahan Kisar
Bawang Besar – 1 labu
Bawang Putih - 3 ulas                        
Cili Merah       - 4 biji
Rempah Kari Ayam Babas – paket kecil

Kiub Ikan Bilis – 1 kiub
Fish ball / Fish Cake – hiris dan goring
Ayam dipotong kecil.
Kerang – rebus
Mee dicelur.

Hiasan
Cili Merah  dihiris
Tahu  digoreng dan di potong
Bawang Goreng
Taugeh
Sayur Kangkung dicelur dan dipotong

Cara-caranya
  1. Tumiskan Bahan Kisar. Masukkan Kiub Ikan Bilis. Masukkan ayam dan tumis seketika.
  2. Masukkan santan.
  3. Setelah mendidih, masukkan fish ball/fish yang digoreng dan kerang yg direbus.
  4. Hidangkan mee bersama kuahnya dan hias oleh bahan hiasan.
Selamat mencuba....

Kuih Kalakatar

Bahan-bahan

2 biji isi kelapa muda
5 cawan air kelapa muda
1/2 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum (campurkan sedikit tepung beras)
1 biji telor


Cara-cara  membuatnya:

1. Campurkan semua ramuan di atas kecuali isi kelapa
2. Adun sebentar semua ramuan dalam blender agar sebati
3. Masukkan dalam periuk dan panaskan ramuan (sebentar sahaja tidak sampai mendidih)
4. Campurkan isi kelapa
5. Masukkan ke dalam pelengat dan bakar dengan oven (api atas dan bawah)
    dengan suhu 150 darjah C selama 40 minit.




Thursday 26 July 2018

Kek Lobak Merah


(Resepi ini saya perolehi dari seorang rakan dipejabat. Mari kita kongsikan bersama-sama)

Bahan A


4 biji telur -  asingkan putih dan kuning telur

1 1/2 cawan minyak jagung
150 gm gula kastor
150 gm gula perang
1 1/2 cawan karet yang telah diparut

Bahan B


250 gm tepung kek - diayak

1 sudu teh rempah kek (mix spices) - diayak
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
100 gm walnut cincang

Cara2 membuatnya


Pukul putih telur sampai kembang

Masukkan ke dalam bahan tadi dan gaul sekali
Bakar selama 45 min dalam 180 celcius

Topping: 120 gm butter

               250 gm cream cheese
               120 gm icing sugar

Kepada rakan-rakan semua..selamat mencuba....

Wednesday 7 June 2017

Resepi Ayam Masak Merah Banjar

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam (potong 12 dan goreng separuh masak)
1 biji bawang besar dipotong 12

Bahan tumis:

1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkeh
5 biji buah pelaga

Bahan untuk dikisar:

1 mangkuk bawang merah
8 ulas bawang putih
3 inci halia
10 tangkai cili kering
6 biji cili merah
1/2 cawan kacang tanah (digorang tanpa minyak dan buang kulitnya)
sedikit belacan
1/2 botol sos cili (botol yg sederhana besar)
1/2 botol sos tomato
1 liter santan
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 susdu besar jintan putih

Cara:

1. Tumiskan rempah sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar dan biarkan sehingga terbit minyak.
3. Masukkan santan dan seterusnya masukkan ayam. Gaul sebati.
4. Renehkan sehingga masak dan mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki.

Sekian. selamat mencuba.

Sunday 25 October 2015

Kuih Siput

Masih teringat kuih ini sering saya buat masa kecil2 dulu. Tolong mak buat sampai sakit-sakit pinggang. Memandangkan masa tu saya masih di sekolah rendah maka tak pasti bagaimana resepinya dan hanya tolong mak buat sahaja. Bila dah separuh abad ni baru nak cuba buat sendiri. Saya terjumpa resepinya dalam internet. Rasa macam teringin nak cuba.

Pertamanya saya sediakan 1 cawan tepung gandum. 

Tumbukkan 2 sudu besar udang kering dan 4 biji cili padi. Saya sengaja masukkan cili padi untuk pedas walau dalam resepi asal takde pun. Saya tumbukkan bersama sedikit ikan bilis.

Seterusnya masukkan 1/2 sudu teh serbuk jintan manis, jintan putih,garam  dan serbuk cili kering. 












Gaulkan sehingga rata dan baru dimasukkan bahan2 yang telah ditumbuk tadi.









Kemudian cairkan 1 sudu besar marjerin.









Masukkan ke dalam adunan tepung dan gaul rata.









Sediakan air sebanyak 100 - 110ml.









Campurkan air ke dalam adunan tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati dan menjadi seperti doh untuk membuat kulit karipap.









Bungkus doh dengan plastik dan rehatkan sekejap dalam peti ais selama lebih kurang 1 jam.









Setelah 1 jam, keluarkan doh dan canai setebal 1/2 cm untuk memudahkan kita mengunting adunan.









Gunting adunan kecil-kecil.









Dengan menggunakan acuan kuih siput, tekan doh atas acuan dan gulung membentuk siput.

















Panaskan minyak dan goreng kuih sehingga garing. Gunakan api yang sederhana pada permulaan gorengan untuk mengekalkan bentuk siput. Selepas itu bolehlah dikuatkan api ikut kesesuaian.


Anginkan kuih siput sehingga sejuk dan bolehlah dihidangkan. 

Selamat mencuba.

Saturday 21 June 2014

Resepi Mee Kuning



(Resepi ni saya ambil dari blog Pn MisraZaki)

Bahan-bahan:-
500g tepung gandum
1 biji telur
1 st garam
1 st pewrana kuning
200-220 ml air
1 sb air kapur
sedikit minyak

Cara-caranya:-
gaul semua bahan dengan air sedikit demi sedikit sehingga sebati..kemudian bulat2kan hingga beberapa doh..leperkan doh tersebut kemudian mesin menggunakan mesin mee...Mula2 gunakan mesin mee yang leper ..buat 3 kali..dah siap leper bolehlah masukkan bahagian mesin mee pula..
Panaskan air..masukkan minyak sedikit kemudian masukkan mee dalam tapis celur mee dalam 5 minit..kemudian masuk dalam mangkuk gaul dengan minyak...dah jadi.. —