Sunday 25 October 2015

Kuih Siput

Masih teringat kuih ini sering saya buat masa kecil2 dulu. Tolong mak buat sampai sakit-sakit pinggang. Memandangkan masa tu saya masih di sekolah rendah maka tak pasti bagaimana resepinya dan hanya tolong mak buat sahaja. Bila dah separuh abad ni baru nak cuba buat sendiri. Saya terjumpa resepinya dalam internet. Rasa macam teringin nak cuba.

Pertamanya saya sediakan 1 cawan tepung gandum. 

Tumbukkan 2 sudu besar udang kering dan 4 biji cili padi. Saya sengaja masukkan cili padi untuk pedas walau dalam resepi asal takde pun. Saya tumbukkan bersama sedikit ikan bilis.

Seterusnya masukkan 1/2 sudu teh serbuk jintan manis, jintan putih,garam  dan serbuk cili kering. 












Gaulkan sehingga rata dan baru dimasukkan bahan2 yang telah ditumbuk tadi.









Kemudian cairkan 1 sudu besar marjerin.









Masukkan ke dalam adunan tepung dan gaul rata.









Sediakan air sebanyak 100 - 110ml.









Campurkan air ke dalam adunan tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati dan menjadi seperti doh untuk membuat kulit karipap.









Bungkus doh dengan plastik dan rehatkan sekejap dalam peti ais selama lebih kurang 1 jam.









Setelah 1 jam, keluarkan doh dan canai setebal 1/2 cm untuk memudahkan kita mengunting adunan.









Gunting adunan kecil-kecil.









Dengan menggunakan acuan kuih siput, tekan doh atas acuan dan gulung membentuk siput.

















Panaskan minyak dan goreng kuih sehingga garing. Gunakan api yang sederhana pada permulaan gorengan untuk mengekalkan bentuk siput. Selepas itu bolehlah dikuatkan api ikut kesesuaian.


Anginkan kuih siput sehingga sejuk dan bolehlah dihidangkan. 

Selamat mencuba.

1 comment:

  1. Online Casino Site Review, Best Real Money UK 2021
    Live Dealer Online Casino Review, Latest Games, Welcome Bonus, luckyclub.live No Deposit Bonuses, Slots, Live Dealer Jackpots, Free Spins. Live Dealer Casino.

    ReplyDelete